Monday, 30 May 2011

Test 1

Hi salam smua..hari ini saya nk bercakap psl basic islam..smua orang mengaku dia islam tp islamkah kita??

Hurmmm..saya nak main kuiz la hari ini…soalannya cukup simple, jika betul kita islam sudah pasti soalan ini sangat la mudah.

Soalannya….sila isikan tempat kosong dengan jawapan yg sesuai..hehe :

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada …………..
(2) Beriman kepada …………..
(3) Beriman kepada …………..
(4) Beriman kepada …………..
(5) Beriman kepada …………..
(6) Beriman kepada …………..

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

1 _______________________________

2 _______________________________

3 _______________________________

4 _______________________________

5 _______________________________

p/s : Anda dpt jwb dengan cemerlang tak?? Lau still fail maknanya kita kena bnyk lagi belajar benda asas dalam islam supaya kita sentiasa hindari maksiat n improvekan amalan.TQ

**** ** JAWAPAN *******

Rukun Iman :

1. ALLAH SWT

2. Malaikat-malaikat

3. Kitab-kitab

4. Rasul-rasul

5. Hari Kiamat

6. Qada dan Qadar



Rukun islam :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Thursday, 26 May 2011

1 vs 27

1 dgn 27 mne satu pilihan anda??...

Jika gaji 1=rm100, 27=rm2700 mne satu yg anda pilih?

Jika hadiah antara 1 barang ngn 27 barang utk diberikan percuma, mana satu pilihan anda?

Jika 1 mewakili bnde yg baik manakala 27 mewakili bnda yg lagi baik mne satu pilihan anda?

Adakah anda sangup melakukan usaha yg sangat sedikit untuk mendapatkan sesuatu yg sngt besar?

Solat sendirian dengan jemaah, mne satu pilihan anda?

Adakah anda terlalu malas untuk solat berjemaah kerana imam membaca terlalu adakah tiada surau atau masjid di tempat anda?

Adakah terlalu susah untuk mencari housemate, coursemate or officemate untuk solat bersama secara berjemaaah.?

Andakah anda sudah berpuas hati dengan solat sindirian?..

Adakah solat berjemaah ini menyusahkan anda?

Kenapa anda sangup melakukan usaha yg sangat tinggi untuk sesuatu yg anda mahukan di dunia ini tetapi anda tidak mahu mengeluarkan usaha yg sedikit untuk amalan akhirat?

Kenapa kita ini manusia yg sangt bodoh sedangkan kita di kurniakan akal fikiran yg mana satu nikmat yg besar yg tiada pada spesis lain.

Kenapa tidak hari ini kita berfikir sekejap tentang amalan kita dgn Allah swt. Sekejap je…5 min je..kita tenangkn fikiran kita dan cuba kita kira berapa bnyk amalan pahala kita pada hari ini da berapa bnyak pula dosa yg kita lakukan…..jom lakukan bersama-sama.

“hindari maksiat improvekan amalan”

Sunday, 22 May 2011

Pernah tak korang Terfikir??

Pernah tak korang terfikir satu benda??...

Korang slalu nk improvekan level dalam hidup korang for example :

nk improvekan ilmu dalam dada supaya lg bnyk,

nk improvekan career tuk future yg lg bagus,

nk improvekan family supaya lg besar

nk improvekan business supaya lg maju..

Tetapi pernahkah korang terfikir untuk improvekan SOLAT korang supaya lg kusyuk n yg pling penting diterima Allah SWT untuk bekalan akhirat nanti kerana kita tahu yg solat adalah tiang agama, betulkan solat kita InsyaAllah amalan lain yg menyusur akan turut menjadi betul.

Tetapi bagaimanakah kita nak improvekan solat kita ni supaya lg bgs.?? Sy penah bertanyakan soalan ini kepada ustaz saya dahulu dan step pertama untuk memperbaiki solat kita ialah mengetahui maksud ayat-ayat yg di baca dalam solat. Mungkin untuk permulaan kita cuba memahami maksud ayt al-fatihah terlebih dahulu memandangkan inilah surah yg penting yg selalu di baca dalam solat.

Di bawah ini saya sertakn terjemahan al-fatihah untuk berkongsi dengan semua..selamat beramal.

“Hindari maksiat improvekan amalan”

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat )

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Yang menguasai di Hari Pembalasan

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Thursday, 19 May 2011

Tujuh pahala berterusan

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Berkat membaca Basmallah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah s.w.t. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah s.w.t., dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.