Monday 15 August 2011

Wanita dan kening mereka....kesian...


Assalamualaikum w.b.t

Kenapa gua letak kesian kt tajuk entry gua hari ini??mesti ramai yg mushkil kan.

Gua penah mem-post satu entry pasal wanita bertudung yg suka cukur kening ni tapi gua tetap tak puas hati dan mahu postkannya untuk 2nd time.

Gua kesian tgk wanita-wanita sekarang ini. Ramai yang baik-baik (dari luar la,hati memang gua tak tahu) tp melakukan kesilapan yang sangat besar yakni cukur kening.

Maybe ramai gurl kt luar sana yang tidak mempunyai knowledge dan tidak tahu di mana sesiapa yang mengcukur keningnya tanpa sebab akan di laknat Allah SWT.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.


Janganlah kita terlalu mengikut nafsu untuk menjadi cantik kerana setiap ciptaan Allah itu sudah pun cantik. Saya kesihan melihat wanita yang sudah bertudung cantik menutup aurat tetapi mencukur kening mereka....kesian..

Marilah sama-sama kita cuba untuk tidak melakukan kesilapan yg amat besar ini. Kepada kaum lelaki nasihatlah adik perempuan anda,isteri anda,girlfriend anda sekiranya anda sayangkan mereka. InsyaAllah kita boleh bersama-sama meninggalkan amalan yg dilaknati ini.

Friday 5 August 2011

Mengenali wanita tension?hehe

Kebosanan di siang hari bulan ramadhan membuatkan ku terfikir akan topic ini. Wanita tension boleh menyebabkn kita lelaki ini turut menjadi tension akibat tempiasnya.

Ini antara ciri/keadaan/mengapa wanita itu tension*(aku rasa la..hehe) :

1. Mesti la wanita yg period. Ini wanita mmg senang tension, silap sikit je leh jd silap besar. Aku lau perempuan tengah dlm tempoh 'warning' ni, aku tak kan gurau pelik-pelik nanti senang kecik hati lak.

2. Wanita berumur yg belum ada kekasih. Wanita memang cukup sensitif and senang cepat marah. Lau silap haribulan mau mengamuk, aku selalu penah kena...huhuhu.

3. Wanita yg berkahwin tapi belum dapat anak. Yang ni pulak jd tension sbb environment, yela kadang-kadang family selalu tnya bila nk dapat anak kan,dorang yg bertnya ni lupa anak rezeki semua datang dari Allah,InsyaAllah lau da smpai rezeki dapat la. Jangan la suka push wanita dengan soalan yg mungkin akan effect dekat org sekeliling...;)

Setakat ini itu je yg dapat aku fikirkan(busy dengan keje beb)..kesimpulannya.."Jika tak nak kne bakar, jangan cuba bermain dengan api"(cam xde kaitan je...hahahha)

: Sekian, Enjoy the entry :







Tuesday 2 August 2011

Korek hidung batal puasa??

Hehe..hari ini aku akan bercakap pasal korek hidung or korek telinga(ayat cam tak sesuai je).. Dulu time puasa aku mst akan tahan gak biarpun hidung gatal yg amat sangat kerana aku ingatkan akan batal puasa. Semasa aku mula menjejakkan kaki ke university dan 1st time puasa di university baru lah aku tahu yang korek hidung sebenarnya tidak membatalkan puasa selepas mendengar kuliah terawih.. setakat gatal di kawasan kelopak hidung still lagi kita boleh memasukkan jari. Aku sertakan video ustaz favourite aku ustaz Azhar Idrus mengenai penjelasan ini. Sekian.


Monday 1 August 2011

Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Kelebihan berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun

Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)

Kelebihan bersahur

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

Kelebihan menyegerakan berbuka

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa

Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan

Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain

Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah

Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa