Tuesday 24 January 2012

[IKLAN] Wordless Today


Koleksi buku aku yang baru..70% dah habis baca, keseluruhannya buku-buku yang cukup menarik dan aku paling suka novel Isabella tu sebab diadaptasikan dari kisah sebenar.


Monday 16 January 2012

[SHARING] Bacaan antara dua sujud

Bacaan yang tak pernah kita sedar keberkatannya

Kita selalu membaca ayat ini dalam solat setiap hari melebihi 10 kali sehari tetapi adakah kita tahu dan mengamati maksud kepada bacaan tersebut. Maksud bacaan antara dua sujud cukup cantik, maksudnya sahaja meliputi doa-doa yang selalu kita pinta kepada Allah SWT. 
So bermula hari ini bersama-sama lah kita mengetahui maksud bacaan dalam solat supaya solat kita lebih efektif dan kusyuk. Kita mulakan dengan memahami bacaan duduk antara dua sujud ini,kerana bacaannya yang simple dengan maksud yang cukup cantik.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku) 
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Sekian, 
Hindari maksiat improvekan amalan 

Thursday 12 January 2012

[TIPS] Rename Recycle Bin

Bulan ni aku namakan bulan memberi tips..hahaha..sebab dah tak tahu nak post pasal apa so tips jela yang aku boleh bagi..hehe

Untuk sapa-sapa yang noob pasal computer hari ini akan ajar cara bagaimana nak tukarkan nama recycle bin ke nama pape yang korang suka. Tips ni just saje suka-suka untuk sapa-sapa yang mahu mencuba.

Cara-cara nya ialah :

1. Click start > Run

2. Type Regedit and press enter

3. Open the HKEY_CLASSES_ROOT folder

4. Open the CLSID folder

5. Open the {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} folder

6. Open the ShellFolder folder

7. Tukarkan "Attributes" data value dari "40 01 00 20" to "50 01 00 20". Lepas tu tukarkan "CallForAttributes" dword value to "0x00000000" (doubleclick
and change value data to 0).

8. Selepas siap tukarkan semua di atas, anda sudah boleh rename recyle bin macam rename folder lain.

Sekian..Terima kasih..





Wednesday 11 January 2012

[INFO] Ayat Pengasih Nabi Yusuf

RAHSIA AYAT PENGASIH NABI YUSUF


Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.
 

[TIPS] Unlock pdf file


Hari ini aku nak bagi tips la pulak, sebab da tak ada idea nak buat entry pasal apa..hehehe

Pernahkan korang sedang mencari data or journal pasal something tapi bila nak edit or copy tak boleh sebab pdf file tu kena lock.. Pastu korang pun cuba la untuk unlock and bermacam-macam cara la korang cuba tetapi bila korang try guna unlock software kt internet tu banyak yang trial and bila unlock dia akan ada problem sikit dengan file tu..

So sekarang aku akan sharekan dengan korang macam mana nak buat software ini dan cara gunakannya..



1. Buka notepad
2. Select and copy semua code kt bawah ni dan paste kannya kt dalam notepad yang korang buka tu.
@echo off
echo.
echo.
echo    This may take a minute, please wait.
echo.
echo.
echo.
echo.
set ttt=%1
set tt=%ttt:~0,-5%
gswin32c  -dSAFER -dBATCH -dNOPAUSE -sDEVICE=pdfwrite  -sFONTPATH=%windir%/fonts;xfonts;. -sPDFPassword= -dPDFSETTINGS=/prepress -dPassThroughJPEGImages=true -sOutputFile=%tt%_noPW.pdf"  %1


'Written by Mr Amizul'

3.  Save file notepad tu..tak kisah la nama apa-apa pun tp kena save name.exe 

4. So cara nak gunakan software ni senang je...amik file pdf tu drag and drop kan kt dalam software yg kita create tadi dan die akan auto generate all the pdf data and unlock the file.

Ok...Sekian pelajaran untuk hari ini ya..hehe


Monday 9 January 2012

[SHARING] Alasan + Aurat

Aku ada la tegur sorang kawan aku tu pasal tudung..yela sebab die freehair,aku tnya la die bila agak-agak die nak bertudung,pastu banyak pulak alasan die dan aku pula yang kena marah. Aku sebagai kawan hanya mahukan yang terbaik untuk kawan-kawan kan.

Memang la pakai tudung tu tak wajib, yang wajib nya tutup aurat,tak kisah la nak tutup dengan apa pun janji tutup. Bila da tahu salah tu mengaku jela dan bertekad untuk berubah dan melakukan sesuatu yang lagi baik. 







Ini la alasan-alasan yang biasa di berikan oleh orang yang tidak menutup aurat. :

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? -Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

 
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

 
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

 
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

 
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

 
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

 
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

 
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.