Friday, 10 February 2012

KISAH ASAL USUL HAJARUL ASWAD


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)." 

Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Bersempena dengan hari yang baik ini yakni hari kelahiran nabi kita Nabi Muhammad S.A.W marilah kita bersama - sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan harapan ianya menjadi titik permulaan untuk kita menjadi umat yang di sayangi Rasulullah dan diberkati Allah SWT.. Insya Allah.




 

Friday, 3 February 2012

Perkara paling lazat di dunia


Tahukah anda perkara apakah yang paling lazat di dunia ni..???..
cer teka...cer teka..

solat ke? makan ke? jimak ke? pergi melancong ke? banyak duit ke? kawin ke?.....lagi-lagi nak teka pe lg..

Jawapan dia atas semuanya salah..

Jawapan yg sebenarnya ialah MATI SYAHID.

Dalilnya : dalam suatu hadis menyatakan seseorang yg mati dlm syahid akan minta dengan Allah SWT untuk hidup kembali untuk merasai kembali nikmat kelazatan mati syahid dan mahu hidup berulang kali hanya untuk merasai nimat tersebut.




sumber : petikan ceramah Ustz Azhar Idrus.
boleh tengok dengan klik pada nama ustz azhar