Sunday, 17 April 2011

Amalan malam jumaat




Assalamualaikum w.b.t.

Surah yg pling afdal untuk di baca pada malm jumaat ialah surah al-kahfi. Kita boleh membaca surah ni pada bila-bila masa yakni pagi,petang atau malam. Bacaan surah ini mengambil masa lebih kurang 25minit,ianya ckup sdikit jika di bandingkan dgn masa-masa kita melakukan maksiat terhadap Allah SWT

Mengikut sesetengah ulamak kita di sunatkan membaca surah al-kahfi kerana di dalamnya bercerita mengenai hari kiamat kerana tidak akan berlaku kiamat kecuali hari jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W yg bermksud :
"Siapa yg baca surah kahfi pada mlm jumaat, Allah akan menguniarkan kpdnya cahaya selama antara 2 jumaat"

2 jumaat bermksd 2 miggu kita akan mendapat kemuliaan dri Allah SWT yg terjamin kekal di mana kita akn melihatnya di akhirat kelak. Ianya bgs sbgai salah satu bekalan kita untuk bertemu Allah SWT nnt.

Selepas membaca surah al-kahfi bolehlah kita meneruskan dgn surah-surah yg lain tetapi al-kahfi perlulah di beri keutamaan pada mlm jumaat.

Selamat beramal~~

Saturday, 16 April 2011

Potong kuku.

Assalamualaikum w.b.t.

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.


Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.(perselisihan pendapat).

Kuku yg di potong juga sunat ditanam begitu juga rambut dan misai mengikut amalan para sahabat tetapi tidak perlulah smpi meletakkn batu nisan...=)

Selamat beramal...Cegah maksiat improve amalan...

Meluahkan perasaan cinta

Cinta??...semua org sukakan cinta. cinta adalah sesuatu yg indah di mana masa yg berlalu akn terasa sngt cepat apabila kita memilikinya....

Bagaimanakah cara meluahkan perasaan cinta yg betul dlm islam?...

Kita boleh meluahkan perasaan kepda sesorang tetapi jangan luahan itu dlm keadaan khalwat. Luahan di sini lebih kepada menjadikan sesorang itu teman hidup dan bukanlah teman suka ria yg di amalkn anak muda skrg.

Luahan yg terbaik adalah di hadapan ayah dan ibu perempuan. Mmg dalam islam sekiranya kita berkenan kpd sesorang wajib untuk kita melihat atau melawatnya di rumah untuk luahan perasaan untuk menjadi pasangan hidup..

Tetapi beranikah kita ? InsyaAllah sekiranya kita jujur dan ikhlas untuk menjadikan si dia sbgai teman hidup semuanya akn berjalan dgn lancar. Tak percya??...Cubalah dan anda akan merasa pengalaman yg ckup indah..(^__^)

--------------------
Apabila bercakp psl cinta mmg best layan lagu Devotees - Mahar cinta. Lagu ini menceritakan segalan-galanya.


Tenangkan diri Anda..

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha : 25,26,27)

===================================================================

Salam smua..

Masih ingt tak lg dengan doa di atas??..

Suatu ketika dlu semasa di alam persekolahn doa di atas slalu kita baca, sebelum memulakan sesi pembelajaran kita akn slalu baca doa penerang hati dengan harapan pembelajarn tersebut di berkati oleh Allah SWT dan senang untuk kita mendapat ilmu yg di ajar oleh guru-guru.

Akan tetapi setelah kita masuk alam universiti atau pun kareer kita sudah lupa akn doa tersebut. Kita lpe segala-gala amaln doa yg mne dpt memberkati kita setiap hari. Sbb itulah kita akan merasa hati tak tenang,susah untuk belajar, bekerja dalam keadaan tertekan dan segala punca masalh akan kita hadapi..

Oleh itu kembalilah kita kepada amalan sbelumnya dimana sebelum melakukan sesuatu mulakanlah dgn bacaan doa supaya setiap bnde yg kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Ianya cukup mudah, hanya mengambil masa tak sampai pun 2minit. Ayuh sama-sama kita mencari keredhaan Allah dlm setiap amalan perbuatan yg kita lakukan..InsyaAllah.

Salam

As'salamualikum....

Syukur ke hadrah ilahi kerana dengan izinNYA dapat lg kita menghirup udara segar dgn nikmat nafas nyawa yg sangt besar dimana kita berharap kita sudah bersedia dari segi amalan dunia akhirat apabila nikmat ini di tarik blik oleh Allah SWT suatu hari nnt.

Sedarkah kita yg mana dunia skrg smakin tua dan semakin menuju ke hari kiamat. Satu persatu amaran yg di hantar oleh Allah SWT supaya kita sedar dan sentiasa berwaspada dengn amalan supaya kita tidak tergolong dlm golongan org2 yg rugi apabila berada di akhirat nnt.

Untuk menjadi seorang yg bertaqwa bukanlah sesuatu yg mudah lebih2 lg apabila berada dlm keadaan sekeliling yg agak mencabar. akn tetapi kita sebgai umat Rasulullah SAW dan hambaNYA perlu sekeras-kerasnya berusaha supaya kejahilan org lain tidak menjadi kegagalan kepada kita nant.

Saya bukan seorang yg sempurna, sy seorang hamba yg bnyk melakukan maksiat kepadaNYA..kadang-kdang sy berasa malu dengan kelakuan dan perbuatan sy kerana Allah SWT masih lagi mmberi pluang kpd sy untuk berubah dan menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya.

Oleh itu marilah kita bersama-sama cuba untuk bergerak selangkah kehadapan dalam menjadi umat yg terbilang di dunia dan semestinya di akhirat. Mari lah kita cuba bersama-sama menjadikan islam ini sebagai satu cara hidup yg terbaik yg penah kita amalkan...Insya'Allah.