Monday, 7 November 2011

[KHAS] Cinta

Cinta itu sangat indah..
Ketika kita memilikinya, kita tersenyum gembira sehingga kita leka akan keseronokkannya..
Kita yakin dialah untuk kita, tiada yang mampu mengubahnya.
Hinggakan kita lupa bahawa takdir bukan kita yg merencanakannya..

Kadang kala kesilapan yang kita rasa kecil besar akibatnya..
Mungkin kita akan menyesal melakukannya sehingga meranapkan cinta yang di bina..
Sedalam mana pun cinta yang di rasai ianya akan tertimbus dengan kepercayaan yang dikhianati..
Itulah perkara yang paling dikesali.

Adakah perubahan yg mutlak dapat mengembalikan cinta yg semakin pudar di hati??
Persoalan yang sentiasa bermain di minda tentang perkara yg paling dikesali..
Mungkin jika dapat mengembalikannya semula, adakah ianya cinta yg pernah kita kecapi??
Rasanya tidak..cinta yg kita perolehi selepas perubahan keseluruhan tidak dapat menandingi cinta yang pernah terjalin dari hati ke hati..

Dapatkah aku mendapatkan cintanya kembali??
Ya Allah aku memohon kepada engkau...jadikanlah diriku insan yg sentiasa bertaqwa kepada Engkau..
Aku tahu banyak melakukan dosa kepadaMU ya Allah..Aku cuba berubah menjadi insan yang terbaik..Bantulah aku Ya Allah
Dekatkan kembali ikatan cinta kami ya Allah...
Sesungguhnya aku tahu dia lah insan yg teristimewa yg terbaik untuk diriku

Aku berjanji tidak akan mengecewakan cinta kita ..aku janji..
Peluang yg engaku berikan aku akan aku gunakan dengan sebaik mungkin..
Janganlah engkau merubah peluang yg telah engaku berikan kerana aku tahu perubahan itu mungkin akan merubah hidupku..

Sesungguhnya engkaulah cahaya dalam hatiku buat selama-lamanya...


1 comment:

  1. Dlm hubungan percintaan, kdg2 Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

    Memang benar yg kita xakan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang....memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!

    Utk itu,jangan harapkan cinta sebagai balasan.. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita..

    ReplyDelete