Saturday, 15 October 2011

Korban

Salam semua,

Bersempena hari raya korban bulan depan(lama lg tuuu) aku awal-awal lagi akn postkn satu tajuk psl korban ni sbb aku tahu time raya nnt aku tak akan sempat update blog ni sbb aku kan orang kelantan..haha(cam xde kaitan je).

Raya korban pada tahun ni jatuh di akhir tahun so jika kita recall, flashback balik masa kita selama setahun ni, ada tak pergorbanan yg kita buat?.

Perjalanan hidup aku selama setahun ini cukup bermakna, pengorbanan yg aku lakukan pun cukup banyak, untuk family, kawan-kawan, kerja dan juga insan tercinta aku sayangi yg berada di terengganu skrg. Apakah pengorbanan itu?? yang tu biarlah rahsia sbb jika aku nyatakan di dalam ini nampak macam tak ikhlas plak, janji pengorbanan itu ada walaupun sedikit itu yg paling penting.

Hidup ini tidak indah sekiranya berada di tahap yg sama. Ianya menjadi mencabar jika ketika kita perlu melakukan satu pengorbanan yang besar. Kadang kala ketika melakukan pengorbanan  itulah kita akn  berasa lebih dekat dengan Allah SWT, itu yg paling penting. Setiap cabaran yg kita hadapi kita mahu mendekatiNYA dan bukan cabaran itu menjauhkan kita dariNYA.

Kawan-kawan ingatlah yg kita hidup bermasyarakat dan di kelilingi oleh pelbagai manusia, bertindaklah dengan bijak dan jangan biarkan diri kita hanyut dengan keadaan ini...Sekian..next topic nk cite psl hukum islam la plak.


No comments:

Post a Comment