Monday, 21 November 2011

[SHARING] Penipuan Internet

Sekarang ni banyak sangat kes-kes yg melibatkan penipuan dalam internet..samada penipuan identiti atau pun penipuan perniagaan. Tetapi yang paling banyak adalah penipuan dalam jual beli. kita boleh rujuk di website free advertisement like mudah.my or majalah.com. Lelaki mahupun wanita semuanya tidak takut untuk menipu lagi-lagi apabila melibatkan wang duit harta dunia. 


Sekiranya anda ingin melihat contoh-contoh sebenar penipuan internat bolehlah rujuk link di bawah.


http://www.majalah.com/?classified:senarai-nama-hp-penipu-daftar-di-sini:6MP0N1KRC3


- ini adalah link yg listkan semua penipu-penipu yg msih bergiat aktif. Penipuan terbanyak adalah kategori personal loan - 


Bg yg bekerja sendiri or swasta, mereka ni susah untuk membuat loan jadi mereka senang terpedaya dengan sindiket yg keji dan tidak bertanggungjawab ini.


Berwaspadalah anda semua dalam melakukan perniagaan internet or transaksi internet or kenalan internet yg begitu bermurah hati ingin membantu dalam semua segi.


Kepada yg telah menjadi mangsa, banyaklah bersabar dan sentiasalah berdoa supaya penipu-penipu ini akan insaf satu hari nnti.
 # duit mmg boleh menyebabkan seseorang hilang warasnya, hebatnya penangan harta dunia ini #





Thursday, 10 November 2011

[SHARING] Doa yang selalu kita tinggal.



اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.



Allah maha besar lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , 
sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . 
Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.


Bacaan di atas hanyalah sunat di dalam solat. Ramai yang meninggalkannya kerana mengangap ianya hanya melambatkan solat dan membazir masa.
Kita lupa bahawa solatlah tempat kita untuk mengumpul segala jenis pahala dan doa yang free yang kita tak akan buat sekiranya bukan dalam solat.
Apalah salahnya sekiranya kita cuba untuk membaca doa di atas yang hanya mengambil masa 20 saat je...satu masa yg cukup singkat sekiranya di bandingkan kita melihat video di you tube.
Amalan sunat di luar solat pun agak susah untuk kita laksanakan seperti solat sunat or puasa sunat, kita mahu lagi skip amalan sunat di dalam solat kita..sesungguhnya ia sangat merugikan.
Jadilah insan yg sentiasa mengambil kesempatan dalam melakukan ibadat, InsyaAllah kita akn kecapi kebahagian dunia akhirat.

Monday, 7 November 2011

[KHAS] Cinta

Cinta itu sangat indah..
Ketika kita memilikinya, kita tersenyum gembira sehingga kita leka akan keseronokkannya..
Kita yakin dialah untuk kita, tiada yang mampu mengubahnya.
Hinggakan kita lupa bahawa takdir bukan kita yg merencanakannya..

Kadang kala kesilapan yang kita rasa kecil besar akibatnya..
Mungkin kita akan menyesal melakukannya sehingga meranapkan cinta yang di bina..
Sedalam mana pun cinta yang di rasai ianya akan tertimbus dengan kepercayaan yang dikhianati..
Itulah perkara yang paling dikesali.

Adakah perubahan yg mutlak dapat mengembalikan cinta yg semakin pudar di hati??
Persoalan yang sentiasa bermain di minda tentang perkara yg paling dikesali..
Mungkin jika dapat mengembalikannya semula, adakah ianya cinta yg pernah kita kecapi??
Rasanya tidak..cinta yg kita perolehi selepas perubahan keseluruhan tidak dapat menandingi cinta yang pernah terjalin dari hati ke hati..

Dapatkah aku mendapatkan cintanya kembali??
Ya Allah aku memohon kepada engkau...jadikanlah diriku insan yg sentiasa bertaqwa kepada Engkau..
Aku tahu banyak melakukan dosa kepadaMU ya Allah..Aku cuba berubah menjadi insan yang terbaik..Bantulah aku Ya Allah
Dekatkan kembali ikatan cinta kami ya Allah...
Sesungguhnya aku tahu dia lah insan yg teristimewa yg terbaik untuk diriku

Aku berjanji tidak akan mengecewakan cinta kita ..aku janji..
Peluang yg engaku berikan aku akan aku gunakan dengan sebaik mungkin..
Janganlah engkau merubah peluang yg telah engaku berikan kerana aku tahu perubahan itu mungkin akan merubah hidupku..

Sesungguhnya engkaulah cahaya dalam hatiku buat selama-lamanya...


Wednesday, 2 November 2011

[KHAS] JIKA KAMU....

JIKA KAMU....


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....


Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....


Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL…


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.


MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN…
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...