Tuesday, 13 December 2011

[SHARING] Art Of Business


Assalamualaikum wbt...

Art of business is my 2nd management book after strategy power plays yang pernah aku postkan september yang lalu. Buku ini sangat menarik, menceritakan tentang usahawan dunia bagaimana mereka berfikir untuk business mereka dan juga bagaimana mereka berjaya atau gagal dalam sesuatu percubaan.

Of coz la buku ini di compile hasil daripada tulisan Sun Tzu - Art of business. Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung. lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.

Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.
Bagi berjaya, seseorang usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing.
Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.



Buku ini sangat menarik untuk dimiliki dan aku jamin anda semua akan berpuas hati. Harganya juga berpatutan below Rm20.00. Sesiapa yang ingin mengetahui senario usahawan dunia macam mana mereka boleh berjaya dan prinsip yang mereka amalkan...inilah buku yang sesuai untuk dimiliki.

Aku bukanlah ejen jual buku..hehehe..tetapi just nak bagi recommendation bagi sesiapa yang suka membaca dan ingin mencari idea membentuk diri menjadi usahawan yang berjiwa kental..(^ ^)



Monday, 12 December 2011

Thursday, 8 December 2011

[KHAS ]Tempat Vs perbuatan

Hai alls..hehe..sepatutnya aku letakkan tajuk die perkara yang korang tak sepatutnya lakukan di tempat yang sepatutnya. Tapi disebabkan panjang sangat and berbelit-belit lidah i menyebutnya so wa tuka je la tajuk ni more to sophisticated..haha.(mengarut la plak aku pagi-pagi ni).

Kenapa aku bangkitkan isu ini di hari yg mulia ni adalah di sebabkan semalam aku dan kawan aku punya lah lapar so kita orang pun pergi la cari makanan and bajet nak makan la McD tapi punya la rmi org beratur sampi di luar pagar, terpaksa la kami pergi mkn di tempat yg agak jauh sedikit bg menghilangkan kelaparan akibat ketensionan..haha..

Kenapa situasi ini berlaku? Adakah kerana rmi sangat orang nak mkn mcd??No-no-no..

Salah satu sebabnya ialah ------------------> tadaaaaaaaaaa >> Study di McD.





















(sorry la aku gunakn pic ni tanpa kebenaran ya..hehe)

McD bukanlah tempat untuk belajar or study group tapi tempat orang yg kelaparan makan. Lau korang nak sangt stdy group pergi jela library or cafe ke mne2 tempat ke yang sesuai.

Bukannya tak boleh study di mcd tp tengok la keadaan dulu,lau McD tu customer tak ramai bolehlah korang belajar tp kalau customer beratur punya la panjang and seat tak cukup pastu korang lepak belajar sana lama-lama memang korang jenis yang tak paham bahasa la..kalau korang order mcd setiap 30min bolehlah consider sebab korang makan sambil belajar tapi korang order minuman je...memang tak patut la..

---------------------------------------------------------------------

Ada banyak lagi tempat yang korang tak sepatutnya lakukan bila korang berada si situ. --------<>-------- Antaranya :

---------------------------------------------------------------------

1. Lepak ramai-ramai sambil bergosip di lot parking sampi susah kereta nak park





2. Bercium di tempat awam walaupun korang ini suami isteri yang SAH.





3. Beromen dalam wayang sebab boleh mengangu konsentrasi orang sekeliling nk tgk wayang,nnt wayang lain plak dorang tgk...hahahaha



4. Bercakap semasa Khatib membaca khutbah jumaat...yang ni mmg ramai yg buat...tak patut.



5. Lepak lam toilet ramai-ramai sambil berbual lama-lama..WTH??...toilet tuuuu,tempat membuang.!!




------------ banyak lagi la tempat-temapt yang tak sesuai dengan aktiviti korang, penat la aku nk fikir semua..hehe..apa pun yang penting hindari maksiat improvekan amalan..------------------





Tuesday, 6 December 2011

[SHARING] 10 Muharam Part 2


Just to sharing ; Enjoy ya semua..TQ

Perkara - perkara yang boleh or sunat di amalkan ketika 10 muharam :

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Monday, 5 December 2011

[INFO] 10 Muharam Part 1

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya 
menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka 
tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan 
Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.


Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai 
tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan 
maksudnya:

"Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah 
wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka 
berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh 
meninggalkannya."