Tuesday, 13 December 2011

[SHARING] Art Of Business


Assalamualaikum wbt...

Art of business is my 2nd management book after strategy power plays yang pernah aku postkan september yang lalu. Buku ini sangat menarik, menceritakan tentang usahawan dunia bagaimana mereka berfikir untuk business mereka dan juga bagaimana mereka berjaya atau gagal dalam sesuatu percubaan.

Of coz la buku ini di compile hasil daripada tulisan Sun Tzu - Art of business. Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung. lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.

Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.
Bagi berjaya, seseorang usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing.
Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.



Buku ini sangat menarik untuk dimiliki dan aku jamin anda semua akan berpuas hati. Harganya juga berpatutan below Rm20.00. Sesiapa yang ingin mengetahui senario usahawan dunia macam mana mereka boleh berjaya dan prinsip yang mereka amalkan...inilah buku yang sesuai untuk dimiliki.

Aku bukanlah ejen jual buku..hehehe..tetapi just nak bagi recommendation bagi sesiapa yang suka membaca dan ingin mencari idea membentuk diri menjadi usahawan yang berjiwa kental..(^ ^)



No comments:

Post a Comment