Sunday, 31 July 2011

SEMBAHYANG WITR

Sembahyang Sunat Witr

1. Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.

2. Salam selepas dua rakaat yang pertama.

3. Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i- bagi dua rakaat yang pertama:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

ii- bagi rakaat yang akhir:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.

4. Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi

TARAWIH

SEMBAHYANG TARAWIH

1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.

b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.

c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Puasa

PUASA - Bersempena bulan yg mulia ini, aku akan postkan asas-asas mengenai puasa macam pafa waktu sekolah-sekolah dlu..Enjoy the knowledge ya.

Ertinya:

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Wajib Puasa:

1) Islam

2) Mukalaf

3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur

4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:

1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.

2) Suci dari haid dan nifas.

3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.

4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:

1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.

2) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:

1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.

4) Haid atau nifas.

5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).

6) Murtad (keluar dari Islam).

7) Gila (hilang akal).

Sunat-sunat Puasa:

1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:

1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.

2) Orang sakit, wajib di qada’.

3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

Tuesday, 21 June 2011

Peristiwa - peristiwa Bulan Islam

Jom kita kembali di zaman sekolah dulu. Korang tahu tak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan islam?. Aku sendiri pun kadang-kadang lupa peristiwa-peristiwa penting ini yelah sebab kitakan manusia yg selalu lupa. Dari kita duk menghafal tarikh-tarikh penting yg berlaku dengan awek or boyfriend better kit abaca input di bawah ni untuk menambahkn knowledge kita yg mmg kurang. Selamat membaca ~~

MUHARAM
Maal Hijrah / Awal Muharam pada 1 haribulan dan Hari Asyura pada 10 haribulan. Kewafatan Sayidina Hassan bin Ali di Karbala dan 10 haribulan tahun ke 61 hijrah

SAFAR
Peperangan Bani Qainuqak pada tahun ke-3 Hijrah. Peperangan Khaibar pada tahun ke-1 Hijrah. Kegeringan baginda Rasulullah SAW.

RABIUL AWAL
Perlantikan baginda Rasullah SAW menjadi Rasul. Pembinaan masjid pertama di Quba' pada 8 haribulan. Keputeraan SAW pada 12 haribulan. Ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dalam peristiwa Hijrah. Kewafatan Rasullah SAW pada 12 haribulan.

RABIUL AKHIR
Berlakunya peperangan Jamal (unta), perang saudara pertama dalam sejarah Islam. Bermulanya Kerajaan Bani Umaiyah.

JAMADIL AWAL
Kelahiran Saydina Ali bin Abi Talib pada 8 haribulan. Berlakunya peperangan Bani Salim di Bahrin.

JAMADIL AKHIR
KHalifah Saydina Abu Bakar As-Siddik meninggal dunia pada 23 haribulan tahun ke 13 hijrah. Perlantikan Saydina Umar sebagai Khalifah kedua pada 8 haribulan tahun ke 13 hijrah. Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman pemerintahan Saydina Umar Al Khattab dalam tahun ke 13 Hijrah. Serangan ke atas Kota Makkah dan tembakan ke bangunan Kaabah pada tahun ke 73 Hijrah oleh tentera Hajjaj As-Saqati. Pembunuhan ke atas Abdullah bin Zubir yang memerintah Kota Makkah oleh Hajjaj As-Saqati bagi pihak Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Kelahiran Siti Fatimah Az-Zahrah binti Muhammad SAW pada 20 haribulan.

REJAB
Berlaku peristiwa Israk dan Mikraj pada 26/27 haribulan. Sembahyang lima waktu diistiharkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Berlaku peperangan Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW pada tahun ke-9 Hijrah.

SYAABAN
Malam Nisfu Syaaban pada 14 haribulan. Penukaran arah kiblat dari Masjidil Al-Aqsa di Baitul Muqqaddis ke Kaabah di Batullahil Haram pada 15 haribulan. Peperangan Banu Mustalik pada tahun ke-5 Hijrah.

RAMADHAN
Bulan Ramadhan difardhukan ke atas umat Islam untuk mengerjakan ibadat puasa.
Rasulullah SaW dan para sahabat beliau dari MAdinah pada 8 haribulan tahun ke-2 Hijrah untuk peperangan Badar. Berlakunya peperangan Badar pada 17 haribulan tahun ke-2 Hijrah. Penyempurnaan pembukaan Kota Kammah pada 10 haribulan tahun ke-8 Hijrah. Permulaan turunnya ayat-ayat suci Al-Quran pada 17 haribulan. Tragedi pembunuhan Sayadina Ali dalam tahun ke 40 Hijrah, Beliau wafat dalam keadaan ketika memasuki Masjid Kufah pada 17 Ramadhan. Malam Lailatul Qadar jatuhnya pada 21, 23, 25, 27, atau 29 Ramadhan.

SYAWAL
Umat Islam merayakan Hari Raya Fitah pada 1 haribulan. Berlakunya peperangan Uhud pada 5 haribulan dalam tahun ke-3 Hijrah. Berlakunya peperangan Khandak pada tahun ke-5 Hijrah. Kerajaan tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas bandar Madain. Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Farsi yang dikenali dengan nama Istana Putih dalam tahun ke-10 Hijrah.

ZULKAEDAH
Peristiwa Umrah, Perjanjian Hudaibiyyah dan Baiah Ridhwan berlaku dalam bulan ini. Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji Wida' (Haji Penghabisan), Baginda SAW disertai seramai 10 000 kaum muslimin.

ZULHIJJAH
Orang Islam yang mampu difardhukan menunaikan haji di Makkah pada bulan ini. Peristiwa Haji Wida berlaku pada 8 haribulan tahun ke-10 Hijrah. Rasullah SAW menyampaikan pidato kepada kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai Ibadat Haji. Saydina Umar Al-Khattab wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Paris beragama Majusi di malam Rabu, di akhir bulan ini pada tahun ke-23 Hijrah. Saydina Umar bin Affan dibunuh di rumahnya disamping tangannya memegang Al-Quran pada 18 haribulan tahun ke-35 Hijrah. Jatuhnya kerajaan Bani Umayyah pada 27 haribulan pada tahun ke-132 Hijrah

Sunday, 19 June 2011

Himpunan Kisah Lucu...hehe

Bosan di pagi hari...aku search kt google dan jumpa la beberapa kisah lucu yg mencuit hati yg boleh me-release kn tension keje ni..hehehe...enjoy la ye..lau nk bnyk lg kisah-kisah lucu search la sendiri kt google tu ye..d=)

Lupa jalan pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. “Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer. “Apa masalah awak?” DOKTOR bertanyer….. “Macam mana saya nak balik doktor,
skang nie,….saya berada 480km dari umah……..


Dipecat

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat…



Kesian Makcik nie…

“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…



Interview dalam English

Daud sedang di interview di sebuah syarikat :


Pegawai : Nama saudara siapa ?
Daud : “Daud…”
Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?
Daud : “Yes .. sir … “
Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “
Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”