Sunday, 5 June 2011

Puasa Sunat


Sudah agak lama diriku ini tidak berpuasa sunat….anda pula bagaimana??(skema tak ayat?hehe). Last time aku puasa sunat time belajar-belajar dulu. Betullah bak kata guru-guruku dulu..masa belajar ialah masa yang paling sesuai untuk kita memperbanyakkan amalan kita dan membentuk peribadi kita yang lebih baik. Sekiranya semasa belajar kita sudah tidak mengamalkan amalan-amalan yang sihat dan bagus, ianya sangatlah imposible untuk kita meneruskan amalan-amalan sunat ini semasa di alam perkerjaaan melainkan kita mendapat hidayah dariNYA, kebarangkalian tu ada kerana semuanya datang dariNYA.

Tapi seeloknya kita bermulalah smuanya dari bawah supaya kita sentiasa dapat mengamalkannya walau dimana kita berada. Aku pun da tak tahu macam mana nak bermula balik dengan semua ini kerana sudah lama tinggalkannya dan sifat malas itu mengatasi segala-galanya. Cikgu kimia ku pernah berkata kt aku “awk ni bagus taw x, awk cuma perlu rajin dan kuat berusaha je(mknanya mls la tu..nasib baik aku paham).”..

Setiap orang ada sifat malasnya tapi apa yang penting macam mana kita handlenya..aik aku rasa cam da keluar topik je ni..hmm…xpe aku tamatkan bab malas ni smpai sini je sbb nanti aku akan postkan satu isu tentang malas ni.

Sebagai penutup hari ini aku listkan hari-hari yang di sunatkan berpuasa :

# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

............................................................................

No comments:

Post a Comment