Thursday, 29 December 2011

[KHAS] Last entry for 2011

Assalamualaikum w.b.t

 
 Post terakhir sebagai penutup 2011 hanyalah sekadar penghias halaman blog ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 2011, ada yang manis dan juga pahitnya, yang baik itu bolehlah dijadikan sebagai imbuhan bekalan untuk 2012 dan yang pahit itu seeloknya dijadikan pengajaran yang berguna supaya perkara yang sama tidak berlaku di tahun 2012.





Jika aku listkan di sini perkara yang terjadi kepada aku di tahun 2011 sudah pastu ianya akan memenuhi ruangan entry ini so aku just bagi tahu secara general jela.

1. Kerjaya : 2011 ialah tahun di mana kerjaya aku kekal cemerlang selama setahun..hehe..biasanya aku akan tukar 2 3 kerja dalam setahun sebab tidah sefahaman dengan jiwa ini, akan tetapi buat tahun 2011 aku berjaya kekalkan career aku selama setahun dengan cemerlang. Akan tetapi 2012 aku akan memulakan career aku yang baru and hopefully career aku yang batru 2012 ini akan kekal smpai la aku bersara..aku dah tak mahu tukar-tukar kerja ni..hehehe

2.Teman istimewa : Alhamdulillah pada tahun 2011 aku berani untuk berjumpa family teman istimewaku, 1st time lam sejarah hidup..hehehe..standard la dalam hubungan mesti ada turun naiknya kan. Aku cuma berharap hubungan kami kekal sehingga akhir hayat, lau ikutkan hati memang la aku mahu kawin tapi masa belum mengizinkan..hehehe...InsyaAllah la setahun dua lagi ke. Dalam hubungan apa yang kita cari?..tentulah kejujuran dan kepercayaaan, tanpa kedua-dua ini hubungan seseorang tidak akan bahagia..Banyak jugalah kejadian-kejadian yg merubah diri aku hasil daripada kejujuran dan kepercayaan ini.

3. Minat : Tahun 2011 ni memperlihatkan minat aku yang baru. Sekarang aku cukup suka bermain bowling, setiap minggu mesti main je..satu game pun tak pe la janji main da macam orang ketagih la pulak..hahaha. minat aku yang still maintain ialah membaca la, memang banyak la buku-buku ilmiah dan management yg aku miliki. tu sebab aku asyik post entry pasal buku je. Nanti tahun 2012 aku akan continue dengan koleksi buku aku yang lain.

4. Pencapaian terbaik : So far aku rasa aku belum lagi mendapat apa-apa pencapaian yang terbaik buat diri aku. Pencapaian yang baik tu ada tapi yang terbaik belum lg aku dapat kecapi dan aku akn terus mencarinya supaya sesuatu yang terbaik dalam diri aku ini akan menjelma keluar.

5. Perancangan 2012 : Aku tidak membuat apa-apa perancangan yang besar untuk tahun 2012, masih ingin meneruskan sisa-sisa 2011, mungkin akan ada tetapi buat masa sekarang aku hanya akan focus kepada career aku yang baru nanti. Aku ni bukanlah jenis suka merancang, selalunya suka membuat kerja last minit tu sebab diri aku terbentuk sekarang hasil daripada perancangan di masa lampau..hehehe..aku bangga menjadi diri aku cuma kadang-kadang kita perlu improve diri kita untuk menjadi orang yang lebih elok dan baik di dunia mahupun akhirat.


.....Sekian, Terima Kasih...Gud Bye 2011...Welcome 2012....



 

Tuesday, 27 December 2011

[KHAS] Say NO to SEX !!

Diceritakan oleh seorang teman kepada seorang teman dan di sampaikan kepada penulis dengan harapan dapat memberi sedikit ikhtibar dan pengajaran yang berguna di masa hadapan. Ada seorang sahabat di mana perwatakan yang agak menarik dan mempunyai akhlak yang agak baik. Sesiapa yang melihatnya pasti merasakan die seorang lelaki yang baik. Akan tetapi di sebalik perwatakan ini tersembunyi satu watak jahat yang mana susah untuk di control. Watak ini ialah suka melakukan zina.


Pertama kali melakukannya dulu bersama teman wanitanya.Maka bermulalah watak jahat ini mendampingnya apabila boleh di katakan selalu melakukan sex bersama teman wanitanya. Selepas setahun melakukannya, die mula merasakan kesalahan melakukannya dan meminta untuk berpisah kerana mahu mengelakkan perkara sebegini berterusan.


Selepas perpisahannya itu barulah die tahu sifat jahat ini sudah melangkaui jauh untuk di control, perasaannya untuk melakukan sex sentiasa berada di hadapan setiap kali melihat perempuan-perempuan yg seksi. Maka bermulalah pencarianya lebih kepada one night stand. Laman sosial die jadikan tempat mencari teman untuk melepaskan nafsu. 


Semua die sapu janji menepati ciri-ciri wanita yg die inginkan..bujang,janda,kawin,..semuanya die ambil janji dapat melepaskan nafsunya. Die juga menyatakan bahawa di malaysia ini terdapat ramai perempuan yg tidak setia dengan pasangan mereka, lagi-lagi yang sudah berkahwin.. KL ini menjadikan hidup masyarakat menjadi seperti KHell. Perempuan sekarang terlalu senang untuk melakukan sex. Main perasaan sedikit tubuh badan hasilnya.


Die masih belum puas, die inginkan lagi....Suatu petang die ada date dengan seorang perempuan yg bru di kenalinya. Sebelum pergi berjumpa perempuan itu tiba-tiba terdetik difikirannya...."sampai bila aku nk melakukan ziana, dosa yg sangat besar....bolehkah aku berhenti suatu hari nanti..sempatkah aku insaf dan bertaubat.."..die terhenti seketika dan membatalkan niatnya untuk berjumpa perempuan itu kerana imbasan akalnya yg masih waras walaupun sekejap  akan tetapi dapat menghalangnya dari melakukan perkara keji tersebut.


Sekarang die cuba untuk mengawal nafsunya dan mengelak untuk melihat perempuan-perempuan yg seksi yang boleh menaikkan nafsu syawat..


Kita berharap supaya sahabat kita dapat melakukannya..dan menjauhkan zina buat selama-lamanya..InsyaAllah..sama-samalah kita berdoa.





Kepada kawan-kawan jangan cuba untuk TRY ataupun CUBA zina ini kerana ia akan memudaratkan diri anda suatu hari nanti..ianya seperti dadah nafsu yg mmg sukar untuk di STOP.


Saya disini sekadar berkongsi pengalaman sahabat kita yg terpesong jauh akan tetapi sempat untuk mencari cahaya walaupun sedikit dalam hidupnya. Hindarilah zina kerana ianya memakan diri anda. sekian.

Monday, 26 December 2011

[INFO] Coke & Wayang

Tahu tak apa persamaaan antara coke & wayang ??.....jawapannya...tadaaaaaaaaaaaaa ===> aku pun tak tahu sebab bukan psl persamaaan aku nk citekan hari ini..hehehe.

Tahu tak korang kenapa dekat wayang tu dorang jual air coke, pepsi dan seangkatannya untuk di beli semasa menonton dan bukannya teh O ais ke, milo O ke, sirap limau ke dan seangkatannya dengannya la...

Ini di sebabkan ianya telah menjadi trend dunia di mana kalau nk tgk wayang kena minum air-air yang bergas ni. Sape la yang jadikan trend ni ya...hmmmm..

Jom back to the future macam mana benda ni boleh jadi trend....

Pada tahun 1982 presiden coca cola pada ketika itu aku dah lupa sapa (sbb aku lum keluar kt dunia ni lg) telah membeli columbia pictures syarikat penerbitan dan pengedar filem yang tersohor di Amerika dengan tujuan  untuk mempromosikan minuman cocal cola dan bersaing dengan musuh tradisi Pepsi ketika itu..

So bermula lah era orang menonton wayang sambil minum air coke dan selepas columbia di lepaskan oleh coca cola lima tahun kemudian bermulalah pelbagai variasi minuman yg di jual di cinema..

Akhirnya satu dunia mengikut cara ini dan mengangap wayang tanpa coke or pepsi adalah tidak sah.. Aku lebih suka milo ais


p/s : Fakta ini hanyalah tekaan aku sahaja berdasarkan sejarah..benar atau tidak...wallahu a'lam


Monday, 19 December 2011

[KHAS] Breakfast

Nyum..Nyum..Nyum..hehehe..

Saje nak bercerita pasal breakfast kerana sekarang aku rasa aku makan pagi semakin banyak dan berselera. Yela kan setiap pagi akan makan telur separuh masak kt umah, datang opis minum air milo + roti bakar (peanut butter) + nasi lemak...amacam??menyelerakan rite?hehehe...

Adakah badan aku akan semakin naik or jadi gemuk selepas ni??...no way man..aku rasa tetap akan maintain terbaik..hahaha..

Makan pagi adalah sesuatu yg penting sebelum kita memulakan hari dengan pekerjaan mahupun pelajaran. Mak aku selalu cakap..pagi-pagi kena makan baru la senang nak belajar, ilmu senang nak masuk dan sudah tentu teguran mak aku memang tepat. Semuanya bermula di pagi hari. Sekiranya waktu pagi anda dapat memberikan sepenuh tumpuan InsyaAllah pada hari itu anda akan menghasilkan kerja yang terbaik...cuma kadang-kadang tu jd ngantuk lak kenyang-kenyang ni kan..hehehe.

Apa yang penting di sini, ambillah breakfast anda walaupun sekeping roti kerana ianya cukup bernilai untuk diri anda..sekian..


p/s : blog aku macam da berubah arah je..hahaha



Sunday, 18 December 2011

[SHARING] Penakluk Jerusalem

Buku minggu ini. > Penakluk Jerusalem...Siapakah dia?? Tentunya Salahuddin Al-Ayyubi..

Blog aku ni macam da jd macam PTS or MPH lak sebab asyik update pasal buku je kan. Biar la aku nak update semua buku yg aku ada sebab blog ini aku yang punya(ala-ala KL gangster)..hahaha.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salahuddin al-ayyubi penakluk jerusalem buku sejarah islam kedua yang aku ada selepas Muhammad Al-Fateh.

Sape yang suka baca sejarah ? Mesti ramai yang tak suka kan sebab sejarah...eeeiuuu..membosankan tapi....kadang-kadang sejarah ini penting untuk mengetahui sejarah agama kita sedikit sebanyak memupukkan semangat jihad di dalam diri, itu yang kita mahukan...Jangan biarkan agama kita di pijak oleh orang lain...



Buku ini terdapat dalam dua edisi...satu edisi full dan lagi satu edisi jimat. Dapatkanlah edisi jimat yang harga dalam Rm12 ke Rm14 je..terlalu murah untuk info dan ilmu yang berguna.


Buku ini tentunya menceritakan mengenai Salahudin Ayubi bagaimana beliau menjadi penakluk Jerusalem. Susah payah beliau dan strategi dalam menentang puak kristian.

Dapatkanla kat kedai berhampiran sekarang(iklan sat) tapi lau nak pinjam saya punya pun boleh seringgit sehari..hahaha(gurau je)





 (yang ni edisi jimat dalam Rm14)














(yang ni edisi asal mahal sikit sebab tebal kan dalam Rm26)