Blog aku ni macam da jd macam PTS or MPH lak sebab asyik update pasal buku je kan. Biar la aku nak update semua buku yg aku ada sebab blog ini aku yang punya(ala-ala KL gangster)..hahaha.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------Salahuddin al-ayyubi penakluk jerusalem buku sejarah islam kedua yang aku ada selepas Muhammad Al-Fateh.
Sape yang suka baca sejarah ? Mesti ramai yang tak suka kan sebab sejarah...eeeiuuu..membosankan tapi....kadang-kadang sejarah ini penting untuk mengetahui sejarah agama kita sedikit sebanyak memupukkan semangat jihad di dalam diri, itu yang kita mahukan...Jangan biarkan agama kita di pijak oleh orang lain...
Buku ini terdapat dalam dua edisi...satu edisi full dan lagi satu edisi jimat. Dapatkanlah edisi jimat yang harga dalam Rm12 ke Rm14 je..terlalu murah untuk info dan ilmu yang berguna.
Buku ini tentunya menceritakan mengenai Salahudin Ayubi bagaimana beliau menjadi penakluk Jerusalem. Susah payah beliau dan strategi dalam menentang puak kristian.
Dapatkanla kat kedai berhampiran sekarang(iklan sat) tapi lau nak pinjam saya punya pun boleh seringgit sehari..hahaha(gurau je)
(yang ni edisi jimat dalam Rm14)
(yang ni edisi asal mahal sikit sebab tebal kan dalam Rm26)
No comments:
Post a Comment