Thursday, 29 December 2011

[KHAS] Last entry for 2011

Assalamualaikum w.b.t

 
 Post terakhir sebagai penutup 2011 hanyalah sekadar penghias halaman blog ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang 2011, ada yang manis dan juga pahitnya, yang baik itu bolehlah dijadikan sebagai imbuhan bekalan untuk 2012 dan yang pahit itu seeloknya dijadikan pengajaran yang berguna supaya perkara yang sama tidak berlaku di tahun 2012.





Jika aku listkan di sini perkara yang terjadi kepada aku di tahun 2011 sudah pastu ianya akan memenuhi ruangan entry ini so aku just bagi tahu secara general jela.

1. Kerjaya : 2011 ialah tahun di mana kerjaya aku kekal cemerlang selama setahun..hehe..biasanya aku akan tukar 2 3 kerja dalam setahun sebab tidah sefahaman dengan jiwa ini, akan tetapi buat tahun 2011 aku berjaya kekalkan career aku selama setahun dengan cemerlang. Akan tetapi 2012 aku akan memulakan career aku yang baru and hopefully career aku yang batru 2012 ini akan kekal smpai la aku bersara..aku dah tak mahu tukar-tukar kerja ni..hehehe

2.Teman istimewa : Alhamdulillah pada tahun 2011 aku berani untuk berjumpa family teman istimewaku, 1st time lam sejarah hidup..hehehe..standard la dalam hubungan mesti ada turun naiknya kan. Aku cuma berharap hubungan kami kekal sehingga akhir hayat, lau ikutkan hati memang la aku mahu kawin tapi masa belum mengizinkan..hehehe...InsyaAllah la setahun dua lagi ke. Dalam hubungan apa yang kita cari?..tentulah kejujuran dan kepercayaaan, tanpa kedua-dua ini hubungan seseorang tidak akan bahagia..Banyak jugalah kejadian-kejadian yg merubah diri aku hasil daripada kejujuran dan kepercayaan ini.

3. Minat : Tahun 2011 ni memperlihatkan minat aku yang baru. Sekarang aku cukup suka bermain bowling, setiap minggu mesti main je..satu game pun tak pe la janji main da macam orang ketagih la pulak..hahaha. minat aku yang still maintain ialah membaca la, memang banyak la buku-buku ilmiah dan management yg aku miliki. tu sebab aku asyik post entry pasal buku je. Nanti tahun 2012 aku akan continue dengan koleksi buku aku yang lain.

4. Pencapaian terbaik : So far aku rasa aku belum lagi mendapat apa-apa pencapaian yang terbaik buat diri aku. Pencapaian yang baik tu ada tapi yang terbaik belum lg aku dapat kecapi dan aku akn terus mencarinya supaya sesuatu yang terbaik dalam diri aku ini akan menjelma keluar.

5. Perancangan 2012 : Aku tidak membuat apa-apa perancangan yang besar untuk tahun 2012, masih ingin meneruskan sisa-sisa 2011, mungkin akan ada tetapi buat masa sekarang aku hanya akan focus kepada career aku yang baru nanti. Aku ni bukanlah jenis suka merancang, selalunya suka membuat kerja last minit tu sebab diri aku terbentuk sekarang hasil daripada perancangan di masa lampau..hehehe..aku bangga menjadi diri aku cuma kadang-kadang kita perlu improve diri kita untuk menjadi orang yang lebih elok dan baik di dunia mahupun akhirat.


.....Sekian, Terima Kasih...Gud Bye 2011...Welcome 2012....



 

No comments:

Post a Comment