Saje nak bercerita pasal breakfast kerana sekarang aku rasa aku makan pagi semakin banyak dan berselera. Yela kan setiap pagi akan makan telur separuh masak kt umah, datang opis minum air milo + roti bakar (peanut butter) + nasi lemak...amacam??menyelerakan rite?hehehe...
Adakah badan aku akan semakin naik or jadi gemuk selepas ni??...no way man..aku rasa tetap akan maintain terbaik..hahaha..
Makan pagi adalah sesuatu yg penting sebelum kita memulakan hari dengan pekerjaan mahupun pelajaran. Mak aku selalu cakap..pagi-pagi kena makan baru la senang nak belajar, ilmu senang nak masuk dan sudah tentu teguran mak aku memang tepat. Semuanya bermula di pagi hari. Sekiranya waktu pagi anda dapat memberikan sepenuh tumpuan InsyaAllah pada hari itu anda akan menghasilkan kerja yang terbaik...cuma kadang-kadang tu jd ngantuk lak kenyang-kenyang ni kan..hehehe.
Apa yang penting di sini, ambillah breakfast anda walaupun sekeping roti kerana ianya cukup bernilai untuk diri anda..sekian..
p/s : blog aku macam da berubah arah je..hahaha
No comments:
Post a Comment